FREE SHIPPING ON ORDERS OVER USD 79 IN USA & SG FREE SHIPPING ON ORDERS OVER USD 79 in USA AND SINGAPORE
Contact
wecare@loveoribel.com
Oribel Launch in Malaysia
· · · Comments

Malaysia, bersedia untuk Oribel!

· · · Comments

Kami teruja untuk mengumumkan bahawa jenama kanak-kanak kegemaran Singapura kini akan dikirim ke Malaysia! Anda boleh menantikan beberapa permainan yang menakjubkan, kerusi tinggi dan alatan pembelajaran untuk anak-anak anda.

Oribel telah dilahirkan, dikembangkan dan disempurnakan di Singapura, daripada reka bentuk pertama setiap produk kepada hasil akhir yang menawan. Maka sememangnyalah ibu bapa dan anak-anak Singapora amat menggemari ciptaan kami dan kami tidak sabar semua warga Malaysia mengalaminya juga. 

Dicipta terutama sekali untuk keluarga dan rumah kontemporari, kami menggunakant teknologi canggih, reka bentuk pintar dan bekerja dengan beratus-ratus prototip sehingga kami benar-benar berpuas hati dengan produk dan boleh membuat anda berasa gembira sepertimana dapat menggembirakan anak anda.

Seperti kerusi tinggi Cocoon bergaya kami yang sangat selesa, anak anda pasti mahu menghabiskan sepanjang hari mereka duduk di situ! Kerusi itu boleh dilaraskan sepenuhnya untuk ketinggian dan sudut boleh condong yang paling selesa, dari peringkat bayi hingga kanak-kanak bertatih. Kerusi itu didatangkan dengan pemegang makanan dan cawan unik serta dulang untuk digunakan apabila anak anda mula makan sendiri. Semua ini amat mudah dibersihkan dan benar-benar tidak menyulitkan. Kerusi ini boleh dilipat dan dulang makanan itu sendiri bermagnet, jadi mudah disimpan dengan kerusi itu. Ibu bapa juga gemarkan reka bentuk kerusi Cocoon kerana dapat disepadankan dengan hiasan rumah anda dengan ringkas dan moden!

 

Keluaran Pusat Aktiviti PortaPlay kami juga sama menarik dan didatangkan dalam bentuk pusat aktiviti yang boleh tanggal, boleh lipat dan mudah alih. Setiap satu set itu mempunyai dunia kecilnya sendiri untuk diterokai dan semasa anak anda membesar, PortaPlay berubah daripada menjadi pusat aktiviti duduk dan main kepada meja untuk berdiri dan mencipta permainan baharu. Daripada haiwan hutan kayu hingga kepada rumah kayu yang boleh disesuaikan dengan keajaiban Alice in Wonderland, PortaPlay ada semua itu. Lipatkannya dan bawanya bersama-sama anda bahkan semasa perjalanan anda ke tempat yang menyeronokan! Permainan PortaPlay dan VertiPlay bukan sahaja menyeronokan, bahkan juga membantu membangunkan kemahiran motor, koordinasi tangan mata dan menyediakan asas untuk minda yang imaginatif dan kreatif. 

Dalam apa-apa yang kami buat, kami juga berusaha sedaya upaya kami untuk menghidupkan imaginasi anak-anak yang menakjubkan dan membiarkan semua daripada dunia itu dizahirkan dan menjadi lebih bersemangat. Contohnya keluaran permainan dinding VertiPlay kami, diilhamkan oleh watak-watak cerita dongeng, puisi kanak-kanak klasik dan kisah-kisah yang abadi. Permainan itu menghiburkan kanak-kanak selama berjam-jam dan membolehkan mereka mengalami cara bermain yang baharu dan mengujakan. Mereka boleh menyanyi, menari dan bercerita, membuat cerita mereka sendiri sambil bermain.  Sebagai ibu bapa, kami juga tahu anda akan berasa gembira apabila mengetahui bahawa permainan ini dimaksudkan untuk dilekatkan pada dinding, mengurangkan selerakan di lantai dan keperluan untuk mengemas!

Mana-mana produk Oribel yang menjadi sebahagian daripada rumah anda, semuanya diperakui selamat kanak-kanak dan diperbuat daripada bahan yang lebih baik untuk bumi ini. Permainan itu tahan, kukuh dan kami memastikan dapat mudah disesuaikan dengan kehidupan anda.

Sekali lagi, kami teruja untuk membawa Oribel ke Malaysia!